Niat di hati sebenarnya hendak beli laptop notebook sebab agak ringan..Ke hulu ke hilir dengan laptop yang biasa ni agak memenatkan dengan berat hampir 3kg, termasuk lagi membawa wayar sambungan ke punca elektrik menyebabkan saya sakit bahu.. Saya dapati signal internet menggunakan Maxis Broadband agaks tersekat-sekat dan kerap kali terpaksa 'reconnect'. Suami cakap, apple Ipad sesuai utnuk saya dan cakap-cakap bersantai menyatakan impian untuk memilikinya sooner or later..
Pada Ahad lepas, semasa menunggu anak kelas violin, saya berjalan-jalan di Kompleks Karamunsing (aka Low Yat KK), tetiba saya ternampak ipad ada dijual....wow! So tempting! Fikir-fikir, buat apa nak beli notebook jika fungsinya tetap sama dengan laptop yang sedia ada jika cuma untuk senang dibawa... Why not take a challenge and try a new gadget of exploring ipad. Harganya pun tidak jauh berbeza dengan laptop atau notebook yang lain.. Selepas berbincang dengan sponsor utama yang nampaknya begitu teruja dengan rancangan itu, buat keputusan masa tu dan di situ juga..it's time.
Pada awalnya agak kekok sedikit dalam applikasi terutama saya terpaksa mendaftar ke itunes.com untuk membolehkan saya mendownload aplikasi2 percuma maupun berbayar dari ipad store..syukurlah, proses agak mudah. Memandangkan di rumah ada Wi-Fi, kelajuan internet memang menakjubkan cuma kadang2 terdapat kesukaran melihat video yang diupload di internet terutama yang menggunakan adobe flash kerana apple belum ada kebenaran untuk download aplikasi itu. Memang ada sedikit kelainan dalam melayari internet..tapi dengan ipad ini, informasi internet sememangnya di hujung jari.
Keesokan harinya, saya terpaksa lagi ke kedai saya membeli ipad untuk memotong simkad maxis broadband untuk sesuai dengan ipad kerana saiznya berbeza..RM 5 untuk servis potong, tanpa jaminan.. So far so good. So ipad saya kini boleh menggunakan kedua-dua 3G dan Wi-Fi di mana-mana saja.. Dalam kereta pun boleh. The girls gonna love this thing a lot. Caj bateri macam caj handphone dan bertahan dalam 8-10 jam surfing.
Dengan applikasi yang beribu-ribu dan sumber informasi yang tiada penghujung, saya yakin ipad bakal manjadi sebuah alat yang sangat diminati dan diperlukan dalam tempoh terdekat ini. Happy ipad....