Search This Blog

Tuesday, August 24, 2010


Dalam hari ke-14 kita berpuasa ini, Aishah telah berpuasa selama 5 hari..2 hujung minggu dan semalam buat pertama kalinya dia dapat berpuasa waktu persekolahan. Minggu lepas selepas berpuasa penuh 2 hari, sengaja saya rehatkan dia dan kebetulan pula dia kena sakit mata dan batuk sedikit. Alhamdulillah, dorongan dari Abah memang banyak membantu. Walaupun setiap 1/2 jam asyik bertanya waktu sehinggalah ke jam dan minit yang terakhir sebelum berbuka. InsyaAllah selepas ni boleh lah Aishah berpuasa terus sampai habis ramadhan..

Mendidik anak-anak berpuasa sebenarnya mudah. Berpuasa beramai-ramai memang seronok terutama waktu berbuka. Kakak dulu pun seumur Aishah mula diajak berpuasa cuma kakak jenis tidak kuat makan jadi tiada masalah sangat. Aishah ni jenis setiap 4-5 jam rasa lapar tapi makan sedikit-sedikit. Tahun ini, kakak mula berpuasa wajib dan nanti kena qadha puasa pula. InsyaAllah kenalah saya berpuasa sekali supaya nanti tidak tertangguh.

Ada susah ada senangnya mendidik anak-anak perempuan. Kalau dari awal lagi ada didikan asas agama, insyaAllah senang. Suruh solat pun senang. Menutup aurat pun mudah. Mudah-mudahan Allah tetapkan keimanan dalam hati anak-anak ku. Amin

Friday, August 20, 2010

1Rumah 1Mini-Perpustakaan




Antara Buku-buku yang terhangat dan paling laris

Nature

Thursday, August 19, 2010

Full time Mom, Part time everything else


Hari ini sudah 8 hari kita berpuasa. Terlalu cepatnya masa berlalu. 8 hari tak terasa dan telah pun ditinggalkan. Tidak akan dapat diulang lagi.

Sekarang ini sedang membaca buku "Rumahku Ofisku" oleh Mazneera Zainal. Buku ini diperolehi dari e-Kedai Stormreaders terbitan Galeri Ilmu. Penulis ini ada lulusan Bsc (Honours) in Economics and Management, University of London, seorang ibu kepada dua orang anak, surirumah sepenuh masa dan bekerja secara 'part time' dari rumah, menjalankan perniagaan internet.

Separuh buku baru dapat dibaca dan ini menguatkan lagi azam saya untuk cuba bekerja secara ini. Sejak berhenti secara mendadak pada Jun 2008 akibat masalah kesihatan, saya tidak lagi terikat secara tetap atau kontrak dengan mana-mana klinik. Sekarang saya hanya bekerja secara locum di klinik selama 4 jam sehari dan kadang-kadang sehari untuk mengganti doktor yang bercuti.. Memanglah pendapatan tidak banyak tapi cukup.

Saya bukan mengatakan ibu tidak bekerja lebih baik dari ibu bekerja atau sebaliknya. Tatapi saya merasakan jika seorang ibu diberikan peluang seperti saya, dapat merasai keseronokan dan kenikmatan dapat menjaga anak-anak dan rumahtangga dengan kewangan yang cukup..saya tekankan CUKUP dan bukannya lebih atau berlebihan atau kaya, pasti mereka akan memilih jalan seperti saya. Banyak kepuasan diperolehi dari segi masa bersama anak-anak, mendidik mereka dibawah mata kepala kita sendiri.

Kepada adik-adik dan anak-anak yang mungkin terbaca blog ini, janganlah pula menjadikan alasan ini untuk tidak meneruskan pelajaran hingga peringkat ijazah semata-mata untuk menjadi suri rumah..kerana suri rumah berijazah adalah lebih baik daripada surirumah tidak berijazah.. dan percayalah kerja makan gaji bukanlah ultimatum untuk setiap kerjaya. Perniagaan internet sekarang adalah satu trend dan saya percaya satu hari nanti kebanyakan orang akan berniaga dan memperolehi pendapatan secara ini.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah. Ramadhan al-mubarak sampai lagi dan syukur kepadaNya kerana diberikan peluang lagi untuk bersama-sama berlumba-lumba dan berusaha untuk mendapatkan rahmat dan keberkatan yang Allah janjikan sepanjang bulan ini.

Tahun ini, 1 ramadhan jatuh pada 11 Ogos 2010. Semalam baru tengok anak bulan. Nampak gayanya tidak ada lagi unsur-unsur suspens dalam menyambut ramadhan dan syawal.. semuanya sudah boleh dijangka.

Tahun ini, Shiqin tidak dapat berpuasa dari awal sebab sudah keuzuran buat pertama kalinya sejak sabtu lepas. Aishah pula cuba untuk puasa hari ini, dapatlah bertahan hingga jam 3 petang..Penat sungguh katanya. Kaki macam tak boleh jalan dah.. kesian. Kena cuba half day dulu la buat sementara ini.

Ingatkan bulan ramadhan tahun ni tak ada locum.. nampak gaya sehari sebelum raya pun saya hentam juga buat locum.. Biarlah, insyaAllah raya di sabah saja. Sebaik habis cuti raya dan cuti sekolah, seminggu lepas tu Shiqin akan menduduki UPSR nya pula..alahai apalah kisahnya dia tu. Malas betul belajar. Mudah-mudahan dapat jawab dengan baik.

Beberapa hari kebelakangan ini, tetiba ada perubahan.. sangat rasa bersyukur kepada Allah diatas perubahan itu. Terasa sangat berdosa dan bersalah apatah lagi menjelangnya Ramadhan ini. Rasa seperti hidup tidak diredhi dan diberkati.. apapun Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana sesungguhnya Engkaulah yang membolak balik hati ini..dan kami redha atas apa yang Engkau berikan sama ada ujian maupun nikmat.

Selamat Berpuasa untuk semua

Friday, August 6, 2010

Setengah hari di Karambunai Resort Lagoon

 
 
 
 
Posted by Picasa



31Julai2010, acara bersantai keluarga ahli ex-SBPL. Semuanya secara informal. Potluck stail, tiada permainan sukaneka hanyalah berborak, anak-anak bermain dan pertama kali menaiki Banana Boat.

Monday, August 2, 2010

Ramadhan semakin dekat

Hari ini 22 Syaaban, seminggu lagi umat Islam akan mula berpuasa.. Cerita yang kerap didengar terutama oleh kaum wanita; baju anak tak siap lagi, nak buat biskut ke nak beli saja, langsir nak tukar ke tak, raya ni beraya di mana.. Jarang sangat kita mendengar; bulan ramadhan ni terawih di mana... sudah abiskah aku ganti puasa aku yang tahun-tahun lepas, macam mana nak bayar fidyah ni...

Saban tahun begitu la..

Tahun ni, semoga Allah meringakan kaki untuk berterawih di masjid. Dekat Masjis Nurul Hikmah Bukit Padang ni belum pernah tercuba lagi. InsyaAllah bulan Ramadhan ni akan dapat berbuka bersama anak-anak. Klinik tempat bekerja tutup jam 5 petang. Atau dengan kata lain bulan ramadhan ni aku mengganggur la lagi jawabnya. Tak apalah. Rezeki Allah ada di mana-mana.

Selamat Menyambut Ramadhan yang berkat. Mohon Kemaafan dan keampunan dari semua. Semoga kita semua beroleh keberkatan dalam bulan ini. InsyaAllah