Search This Blog

Thursday, August 19, 2010

Full time Mom, Part time everything else


Hari ini sudah 8 hari kita berpuasa. Terlalu cepatnya masa berlalu. 8 hari tak terasa dan telah pun ditinggalkan. Tidak akan dapat diulang lagi.

Sekarang ini sedang membaca buku "Rumahku Ofisku" oleh Mazneera Zainal. Buku ini diperolehi dari e-Kedai Stormreaders terbitan Galeri Ilmu. Penulis ini ada lulusan Bsc (Honours) in Economics and Management, University of London, seorang ibu kepada dua orang anak, surirumah sepenuh masa dan bekerja secara 'part time' dari rumah, menjalankan perniagaan internet.

Separuh buku baru dapat dibaca dan ini menguatkan lagi azam saya untuk cuba bekerja secara ini. Sejak berhenti secara mendadak pada Jun 2008 akibat masalah kesihatan, saya tidak lagi terikat secara tetap atau kontrak dengan mana-mana klinik. Sekarang saya hanya bekerja secara locum di klinik selama 4 jam sehari dan kadang-kadang sehari untuk mengganti doktor yang bercuti.. Memanglah pendapatan tidak banyak tapi cukup.

Saya bukan mengatakan ibu tidak bekerja lebih baik dari ibu bekerja atau sebaliknya. Tatapi saya merasakan jika seorang ibu diberikan peluang seperti saya, dapat merasai keseronokan dan kenikmatan dapat menjaga anak-anak dan rumahtangga dengan kewangan yang cukup..saya tekankan CUKUP dan bukannya lebih atau berlebihan atau kaya, pasti mereka akan memilih jalan seperti saya. Banyak kepuasan diperolehi dari segi masa bersama anak-anak, mendidik mereka dibawah mata kepala kita sendiri.

Kepada adik-adik dan anak-anak yang mungkin terbaca blog ini, janganlah pula menjadikan alasan ini untuk tidak meneruskan pelajaran hingga peringkat ijazah semata-mata untuk menjadi suri rumah..kerana suri rumah berijazah adalah lebih baik daripada surirumah tidak berijazah.. dan percayalah kerja makan gaji bukanlah ultimatum untuk setiap kerjaya. Perniagaan internet sekarang adalah satu trend dan saya percaya satu hari nanti kebanyakan orang akan berniaga dan memperolehi pendapatan secara ini.

No comments:

Post a Comment