Search This Blog
Tuesday, August 24, 2010
Dalam hari ke-14 kita berpuasa ini, Aishah telah berpuasa selama 5 hari..2 hujung minggu dan semalam buat pertama kalinya dia dapat berpuasa waktu persekolahan. Minggu lepas selepas berpuasa penuh 2 hari, sengaja saya rehatkan dia dan kebetulan pula dia kena sakit mata dan batuk sedikit. Alhamdulillah, dorongan dari Abah memang banyak membantu. Walaupun setiap 1/2 jam asyik bertanya waktu sehinggalah ke jam dan minit yang terakhir sebelum berbuka. InsyaAllah selepas ni boleh lah Aishah berpuasa terus sampai habis ramadhan..
Mendidik anak-anak berpuasa sebenarnya mudah. Berpuasa beramai-ramai memang seronok terutama waktu berbuka. Kakak dulu pun seumur Aishah mula diajak berpuasa cuma kakak jenis tidak kuat makan jadi tiada masalah sangat. Aishah ni jenis setiap 4-5 jam rasa lapar tapi makan sedikit-sedikit. Tahun ini, kakak mula berpuasa wajib dan nanti kena qadha puasa pula. InsyaAllah kenalah saya berpuasa sekali supaya nanti tidak tertangguh.
Ada susah ada senangnya mendidik anak-anak perempuan. Kalau dari awal lagi ada didikan asas agama, insyaAllah senang. Suruh solat pun senang. Menutup aurat pun mudah. Mudah-mudahan Allah tetapkan keimanan dalam hati anak-anak ku. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment