Search This Blog

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah. Ramadhan al-mubarak sampai lagi dan syukur kepadaNya kerana diberikan peluang lagi untuk bersama-sama berlumba-lumba dan berusaha untuk mendapatkan rahmat dan keberkatan yang Allah janjikan sepanjang bulan ini.

Tahun ini, 1 ramadhan jatuh pada 11 Ogos 2010. Semalam baru tengok anak bulan. Nampak gayanya tidak ada lagi unsur-unsur suspens dalam menyambut ramadhan dan syawal.. semuanya sudah boleh dijangka.

Tahun ini, Shiqin tidak dapat berpuasa dari awal sebab sudah keuzuran buat pertama kalinya sejak sabtu lepas. Aishah pula cuba untuk puasa hari ini, dapatlah bertahan hingga jam 3 petang..Penat sungguh katanya. Kaki macam tak boleh jalan dah.. kesian. Kena cuba half day dulu la buat sementara ini.

Ingatkan bulan ramadhan tahun ni tak ada locum.. nampak gaya sehari sebelum raya pun saya hentam juga buat locum.. Biarlah, insyaAllah raya di sabah saja. Sebaik habis cuti raya dan cuti sekolah, seminggu lepas tu Shiqin akan menduduki UPSR nya pula..alahai apalah kisahnya dia tu. Malas betul belajar. Mudah-mudahan dapat jawab dengan baik.

Beberapa hari kebelakangan ini, tetiba ada perubahan.. sangat rasa bersyukur kepada Allah diatas perubahan itu. Terasa sangat berdosa dan bersalah apatah lagi menjelangnya Ramadhan ini. Rasa seperti hidup tidak diredhi dan diberkati.. apapun Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana sesungguhnya Engkaulah yang membolak balik hati ini..dan kami redha atas apa yang Engkau berikan sama ada ujian maupun nikmat.

Selamat Berpuasa untuk semua

No comments:

Post a Comment