Search This Blog

Thursday, July 29, 2010

Old Work New Work



Since I've move back to KK in June last year, I've been working mostly as part-time locum here and there.. I've tried trial of permanent locum somewhere in October but I just cannot cope with 12 hours work. Furthermore, I had been offered by UMS for a permanent job at their clinic in April. But apparently, I have some discouragement mainly on my side and some from their side .. but just forget about that. Not meant to be. (Bukan rezeki saya)

So, since April this year I have not been working at any clinics. I have been staying at home, attending to my girls day to day activities, sending them to school. I've also managed to settle a lot of thing during my unemployment such as my mother's passport, from arranging her original birth certificate until she had her passport, so she finally had a chance to go to Umrah with my brother and sister in-law in May. I also had managed to do my own unfinished things such as my own birth certificate, my own passport and my SPM certificate which all had burnt during the 2003 fire.

In May I started doing part time locum and now I'm happy doing 4 hours clinic work everyday at 4pm-8pm. It a small income but I had a lot more time for my family. I'm planning to do other business as part time too, that doesn't require me to sit in a clinic whole day.

I'm now doing fulltime old housework, with some part time new work. I'm sending my girls to school every morning, taking them from school in during lunch hours, had few hours in the morning doing house chores, sit in front of my lap top doing internet business..(Facebook, Stormreaders, e-mails, paying bills etc), then late afternoon see some patient at clinic. No burdens, no head ache with clinic management. Enjoy my weekends with the girls. So, life would be better, InsyaAllah.

Friday, July 23, 2010

Buku Hari Kiamat Sudah Dekat


Tajuk Buku: Hari Kiamat Sudah Dekat
Penulis: Yusuf bin 'Abdillah bin Yusuf al-Wabil
Penerbit/Terjemahan: Pustaka Ibnu Katsir

Bab 1- TANDA-TANDA KECIL KIAMAT

1. Diutusnya Nabi Muhammad SAW
2. Wafatnya Nabi SAW
3. Penaklukan Baitul Maqdis
4. Wabah Tha'un di 'Amwas
5. Melimpahnya harta dan tidak dibutuhkannya shadaqah
6. Munculnya berbagai macam Fitnah
- a. munculnya fitnah dari arah timur
- b. terbunuhnya 'Utsman bin Affan
- c. Perang Jamal
- d. Perang Shiffin
- e. Munculnya Kaum Khawarij
- f. Perang al- Hurrah
- g. Fitnah perkataan bahwa al-Quran adalah makhluk
- h. mengikut prilaku umat-umat terdahulu
7. Munculnya orang yang mengaku sebagai Nabi
8. Meratanya rasa aman
9. Munculnya Api hijaz
10. Memerangi bangs Turk
11. Peperangan dengan bangsa'Ajam
12. Hilangnya Amanah
13. Hilangnya ilmu dan menyebarnya kebodohan
14. Banyaknya Oknum pembela penguasa zalim
15. Merebaknya perzinaan
16. Riba bermaharajalela
17. Bermaharajalelanya al-Ma'aazif (alat-alat muzik ) dan menghalalkannya
18. Banyaknya peminum khamar (minuman keras) dan menganggapnya halal
19. Berlumba-lumba menghias masjid dan berbangga-bangga dengannya
20. Berlumba-lumba meninggikan bangunan
21. Budak wanita melahirkan tuannya
22. Banyaknya pembunuhan
23. berdekatannya zaman ( Singkatnya waktu)
24. Berdekatannya pasar
25. Munculnya kemusyrikan pada umat ini
26. Maharajalelanya perbuatan keji, pemutusan silaturrahmi dan jeleknya hubungan tetangga
27. Orang tua berlagak seperti anak muda
28. Tersebarnya kebakhilan dan kekikiran
29. banyakknya perdagangan
30. Banyakkya terjadi gempa bumi
31. Banyaknya orang-orang yang ditenggelamkan ke dalam bumi, diubah raut wajahnya dan dilempari batu
32. Lenyapnya orang-orang soleh
33. Orang-orang hina diangkat sebagai pemimpin
34. Ucapan salam hanya ditujukan kepada orang yang dikenal
35. Mengambil ilmu dari orang bodoh (bukan ahlinya)
36. Banyaknya para wanita yang berpakaian tetapi telanjang
37. Benarnya mimpi seorang mukmin
38. Banyakknya karya tulis dan penyebarannya
39. Lalai dalam melaksanakan ibadah-ibadah sunnah yang sangat dianjurkan oleh Islam
40. Membesarnya bulan sabit
41. Banyaknya kedustaan dan tidak adanya Tatsabbut (mencari kepastian) dalam menukil sebuah berita
42. banyaknya persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yang benar
43. Banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum pria
44. Banyaknya kematian mendadak
45. Manusia tidak saling mengenal
46. Tanah Arab kembali hijau, dipenuhi tumbuhan dan sungai-sungai
47. Banyaknya hujan dan sedikit tumbuh-tumbuhan
48. Sungai Furat menampakkan timbunan emas
49. Binatang buas dan benda mati berbicara dengan manusia
50. Mengharapkan kematian kerana beratnya cubaan
51. Banyaknya jumlah bangsa romawi dan peperangan mereka dengan kaum muslimin
52. Penaklukan Konstantinopel
53. Munculnya al-Qahthani
54. Peperangan melawan Yahudi
55. Madinah mengusir orang-orang jelek yang ada didalamnya kemudian akan hancur di akhir zaman
56. Diutusnya angin yang lembut untuk mencabut Ruh orang-orang yang beriman
57. Penghalalan Baitul Haram ( Makkah) dan Penghancuran Ka'bah

Saturday, July 17, 2010

The first newborn of the third generation of Awids Family




Hari ini, 17 Julai 2010, lahirlah cicit pertama Keluarga Awid. Namanya Muhammad Hamzi. Alhamdulillah semuanya kedua-dua bayi dan ibu sihat.

Semoga membesar jadi anak yang soleh. Amin

Friday, July 16, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat


Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat oleh Dato' Ismail Kamus, Mohd. azrul azlen ab. Hamid

Isi buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain),seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat(jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumahtangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber dan individu.

KANDUNGAN BUKU

BAB 1: Syariat kelahiran
BAB 2: Pendidikan awal Kanak-kanak
BAB 3: Syariat berkaitan remaja
BAB 4: Fardu Ain Asas
BAB 5: Munakahat (Hukum Perkahwinan)
BAB 6: Syariat dalam bermasyarakat
BAB 7: Syariat sunat harian sepanjang masa


Dapatkan buku ini dengan cara pembelian secara online di http://www.stormreaders.net/FaridahAwid

Thursday, July 15, 2010

Friday, July 9, 2010

KENAPA AKU?

Kenapa aku...telah dijawab:

KENAPA AKU SERING DIUJI?

Firman Allah, maksudnya;"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan seseungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

KENAPA AKU DIUJI UJIAN SEBERAT INI?

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

BAGAIMANA KAN KUHADAPI UJIAN INI?

Firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah al-Imran: 200)

Firman Allah, maksudnya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

APA YANG AKU BOLEH DAPAT DARI SEMUA INI?

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran)syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah:111)

Monday, July 5, 2010

STORMREADERS


Banyak sudah perniagaan direct-selling maupun multilevel yang telah diperkenalkan oleh kawan-kawan kepada saya. Kebanyakannya tidak menarik hati saya, perkara pokok yang saya tekankan jika terlibat dalam perniagaan sebegini adalah produk yang perlu saya terlibat. Barangan kesihatan yang menjanjikan 1001 penyelesaian atas kesihatan kita melanggar prinsip saya sendiri (walaupun ramai doktor disana yang menjual barangan kesihatan). Barangan keperluan rumah, saya ikut kerana ingin mendapat diskaun sebagai ahli. Apatah lagi kalau kawan mengajak untuk melabur dalam perniagaan yang dia sendiri tidak suka akan produk yang dijual, tidak tahu apa yang dijual; keluar modal sedikit atau banyak, cari downline buat perkara yang sama. Terus terang saya cakap, saya tidak berminat mencari downline dengan cara begitu.

Tapi kalau produk bagus, pelan perniagaan bagus dan telus, mengapa tidak? Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk membuat sedikit pelaburan dan mula secara kecil-kecilan menjual buku agama dan motivasi terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku-buku yang biasa kita nampak dijual di kedai-kedai buku.

Sila layari www.stormreaders.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan ini dan jika ingin mendapatkan buku-buku boleh layari dalam http://stormreaders.net/FaridahAwid.

Semoga pelaburan kita dalam buku-buku seperti ini menjadi satu kebaikan kepada kita. Semoga dengan cara ini, kita dapat menyediakan satu mini library di setiap rumah kerana dengan ilmulah kita beramal dan dengan membacalah kita mendapat ilmu. InsyaAllah

Saturday, July 3, 2010

Ain dan sepupunya

Umur Ain empat tahun 2 bulan. Dia muda tujuh bulan dari sepupunya Aminah yang nama penuhnya Aminah Halimatussaadiah binti Shahffri.Keduanya boleh bermain bersama-sama secara aman dalam tempoh 2-3 jam, paling lama 6 jam. Selepas itu biasanya mulalah bertelingkah dan menangis. Sangat sedih Ain jika Aminah cakap tak mahu kawan Ain. Dan Aminah pula menangis kuat jika kehendaknya tidak Ain turuti. Kadang-kadang jika sudah terlalu kerap menangis terpaksa dipisahkan sekejap untuk memenangkan suasana semula.. Telatah anak-anak memang melucukan.

Seperkara yang saya perasan tentang Ain, kadang-kadang pemikiran logiknya yang lurus dan 'naive'. Satu rancangan popular di Astro satu ketika dulu, Halimah Jonggang the series.. Lagu Halimah Jonggang terlalu diminati oleh kanak-kanak maupun dewasa hingga menjadi ikutan terutama pada Ain yang terlalu cepat menghafal lagu-lagu. Saya merasakan tidak elok anak2 mengejek-ejek seseorang begitu apatah lagi dengan nama ibu Nabi Muhammad SAW. Satu hari saya berkata kepada Ain," Tidak elok ejek orang macam tu, sebab Halimah tu nama ibu Nabi kita". Tiada respon daripada Ain. Terfikir pula, Ain belum berapa diajar dan mengenali keluarga Nabi. Jadi saya teringat, "Ain, Halimah tu nama Aminah tau." Lama dia terdiam, dan respon yang saya dapat. " Mama jangan bagi tau Aminah". Sejak hari tu, saya tidak pernah sudah mendengar Ain menyanyi lagu itu walaupun ianya berkumandang di TV. Alhamdullillah..

Setengah-tengah ibubapa maupun orang dewasa suka sangat bercakap perkataan seperti 'bodoh', 'stupid'.. Saya cuba sedaya upaya menjaga supaya ianya tidak terkeluar dari mulut tapi kadang-kadang terpacul juga terutamanya ketika memandu dan marah pada pemandu yang tidak peduli keselematan orang lain. Anak-anak perlu diajar dan ditegur agar tidak membiasakan diri menggunakan perkataan makian. Dan bila ianya terpacul dari mulut sendiri, automatik anak-anak saya menegur, "Mama!, tidak boleh bercakap itu".

Anak-anak adalah anugerah Allah yang perlu dididik sebaiknya.. Biarlah mama ni kuat berleter sekarang. Mengerah supaya sentiasa solat dan mengaji.. semoga satu hari nanti anak-anak menjadi orang yang berguna dan solehah. Amin itulah harapan mama.

Friday, July 2, 2010

Coretan Pertama

19 Rejab 1431H / 02 Julai 2010

Salam.

Hari Jumaat yang mulia di bulan Rejab yang berkat ini, coretan pertama dalam blog yang telah lama dibuat. Masih memikirkan apakah idea yang hendak dibuat dalam blog ini.. luahan hati? sembang-sembang saja? bisnes?

Semoga dengan permulaan hari yang mulia ini, Allah memberikan kita kekuatan untuk sentiasa berada dijalanNya dalam apa jua perkara yang dilakukan, baik dalam amalan untuk bekalan akhirat maupun dalam mencari rezeki.