Search This Blog

Monday, July 5, 2010

STORMREADERS


Banyak sudah perniagaan direct-selling maupun multilevel yang telah diperkenalkan oleh kawan-kawan kepada saya. Kebanyakannya tidak menarik hati saya, perkara pokok yang saya tekankan jika terlibat dalam perniagaan sebegini adalah produk yang perlu saya terlibat. Barangan kesihatan yang menjanjikan 1001 penyelesaian atas kesihatan kita melanggar prinsip saya sendiri (walaupun ramai doktor disana yang menjual barangan kesihatan). Barangan keperluan rumah, saya ikut kerana ingin mendapat diskaun sebagai ahli. Apatah lagi kalau kawan mengajak untuk melabur dalam perniagaan yang dia sendiri tidak suka akan produk yang dijual, tidak tahu apa yang dijual; keluar modal sedikit atau banyak, cari downline buat perkara yang sama. Terus terang saya cakap, saya tidak berminat mencari downline dengan cara begitu.

Tapi kalau produk bagus, pelan perniagaan bagus dan telus, mengapa tidak? Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk membuat sedikit pelaburan dan mula secara kecil-kecilan menjual buku agama dan motivasi terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku-buku yang biasa kita nampak dijual di kedai-kedai buku.

Sila layari www.stormreaders.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan ini dan jika ingin mendapatkan buku-buku boleh layari dalam http://stormreaders.net/FaridahAwid.

Semoga pelaburan kita dalam buku-buku seperti ini menjadi satu kebaikan kepada kita. Semoga dengan cara ini, kita dapat menyediakan satu mini library di setiap rumah kerana dengan ilmulah kita beramal dan dengan membacalah kita mendapat ilmu. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment