Search This Blog

Saturday, July 3, 2010

Ain dan sepupunya

Umur Ain empat tahun 2 bulan. Dia muda tujuh bulan dari sepupunya Aminah yang nama penuhnya Aminah Halimatussaadiah binti Shahffri.Keduanya boleh bermain bersama-sama secara aman dalam tempoh 2-3 jam, paling lama 6 jam. Selepas itu biasanya mulalah bertelingkah dan menangis. Sangat sedih Ain jika Aminah cakap tak mahu kawan Ain. Dan Aminah pula menangis kuat jika kehendaknya tidak Ain turuti. Kadang-kadang jika sudah terlalu kerap menangis terpaksa dipisahkan sekejap untuk memenangkan suasana semula.. Telatah anak-anak memang melucukan.

Seperkara yang saya perasan tentang Ain, kadang-kadang pemikiran logiknya yang lurus dan 'naive'. Satu rancangan popular di Astro satu ketika dulu, Halimah Jonggang the series.. Lagu Halimah Jonggang terlalu diminati oleh kanak-kanak maupun dewasa hingga menjadi ikutan terutama pada Ain yang terlalu cepat menghafal lagu-lagu. Saya merasakan tidak elok anak2 mengejek-ejek seseorang begitu apatah lagi dengan nama ibu Nabi Muhammad SAW. Satu hari saya berkata kepada Ain," Tidak elok ejek orang macam tu, sebab Halimah tu nama ibu Nabi kita". Tiada respon daripada Ain. Terfikir pula, Ain belum berapa diajar dan mengenali keluarga Nabi. Jadi saya teringat, "Ain, Halimah tu nama Aminah tau." Lama dia terdiam, dan respon yang saya dapat. " Mama jangan bagi tau Aminah". Sejak hari tu, saya tidak pernah sudah mendengar Ain menyanyi lagu itu walaupun ianya berkumandang di TV. Alhamdullillah..

Setengah-tengah ibubapa maupun orang dewasa suka sangat bercakap perkataan seperti 'bodoh', 'stupid'.. Saya cuba sedaya upaya menjaga supaya ianya tidak terkeluar dari mulut tapi kadang-kadang terpacul juga terutamanya ketika memandu dan marah pada pemandu yang tidak peduli keselematan orang lain. Anak-anak perlu diajar dan ditegur agar tidak membiasakan diri menggunakan perkataan makian. Dan bila ianya terpacul dari mulut sendiri, automatik anak-anak saya menegur, "Mama!, tidak boleh bercakap itu".

Anak-anak adalah anugerah Allah yang perlu dididik sebaiknya.. Biarlah mama ni kuat berleter sekarang. Mengerah supaya sentiasa solat dan mengaji.. semoga satu hari nanti anak-anak menjadi orang yang berguna dan solehah. Amin itulah harapan mama.

No comments:

Post a Comment