Search This Blog

Thursday, September 2, 2010

Untukmu Wanita


Untukmu Wanita adalah sebuah lagi buku hasil tulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Sesiapa yang selalu mengikuti tulisan-tulisan beliau didalam website ie. www.zaharuddin.net akan perasan buku ini mengandungi topik-topik yang pernah beliau bincang dalam website beliau. Bagaimanapun, memandangkan ianya adalah untuk wanita maka semua isi kandungannya adalah berkaitan secara terus dengan wanita seperti isu menutup aurat yang mana diberikan tekanan sejak dari awal topik dan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang kerap dibangkitkan wanita-wanita sekarang.

Setiap wanita harus memiliki buku ini dan dibaca selalu sebagai peringatan kepada kita terutama dalam soal aurat, soal prioriti kita sebagai isteri dan ibu, soal munakahat yang mungkin remeh tapi sangat signifikan. Berbanding dengan membaca melalui komputer/internet yang mana kita terpaksa membawa dan berada di hadapan komputer untuk membaca website ustaz Zaharuddin yang saya sangat suka, membaca buku ini lebih mudah dibawa kemana-mana, dan sentiasa berada di dalam beg saya, kiranya ada kelapangan masa terus saja membaca.

Buku ini secara ringkasnya mengandungi 2 bahagian: 1. Wanita, Aurat dan Maruah, 2. Wanita dan Munakahat dan 3. Wanita dan Rumahtangga.

InsyaAllah, buku ini dapat memberikan kita penerangan secara logik tentang soal-soal yang selalu menjadi isu sebagai seorang wanita. Jadikan lah buku ini sebagai hadiah kepada anak2 perempuan, keluarga dan sahabat kita.

No comments:

Post a Comment