Hari ini 08 September 2010, 29 Ramadhan 1431H, hati ku bercampur baur. Sedih, terharu, sayu, gembira dan bersyukur.
Sedih kerana ramadhan sudah melambai-lambai selamat tinggal. Entah tahun hadapan berjumpa lagi dengannya atau tidak. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur kerana aku sudah mula rasa kerinduan. Sedih juga kerana tahun ini tidak dapat berhari raya bersama suami..semoga dipanjangkan umur juga dapat berhari raya di tahun mendatang.
Sesungguhnya janji Allah itu benar. Al-Quran itu benar. Pohonlah kepada Allah pasti Dia akan makbulkan. Rasa sangat bersyukur dan gembira kerana Allah mempermudahkan bagiku dan Allah melapangkan dadaku.
Semoga dengan keberkatan dan rahmat yang Allah limpahkan kepada kita di bulan Ramadhan ini akan berterusan selamanya. Semoga Apa yang aku doa dan harapkan akan dimakbulkan Allah. Semoga taubat dan keampunan yang kupohon, mendapat keampunan dariNya. Semoga keimanan sentiasa ditetapkan dalam hati kami.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Kami sekeluarga. Kemaafan di pohon. Taqaballahu minna wa minkum
No comments:
Post a Comment