Hari ini 16 September, buat pertama kalinya semua rakyat Malaysia menyambut hari dimana dipilih pada tahun 1963 sebagai hari terbentuknya Negara Malaysia apabila Sabah dan Sarawak bersama-sama diisytiharkan bebas daripada jajahan British. Setelah lebih 53 tahun rakyat Malaysia di Semenanjung hanya tahu Hari Kemerdekaan dan rakyat Sabah dan Sarawak menyambut 16 September sebagai harijadi Tuan Yang Terutama Negeri. Hari ini barulah 'orang-orang' di Semenanjung mengiktirafkan 16 September sebagai Hari Malaysia. Kenapa? Kenapa selepas bertahun-tahun tidak diendahkan baru sekarang diwar-warkan.
Kenapa saya bercakap soal politik ni? Saya bukan pernah suka ikut hal-hal orang politik ni. Pernah saya diajak mengikut Puteri Umno, untuk apa? Pada pandangan saya semuanya hanyalah perjuangan survival diri sendiri..bukan untuk orang lain. Mana ada orang yang aktif dalam politik tapi hidup sederhana. Terutama aktif untuk parti yang memerintah..
Biarlah...itu cara mereka.
No comments:
Post a Comment