Search This Blog

Thursday, October 28, 2010

Pengorbanan ibu dan ayah


Hari ini saya telah menghabiskan satu buku: Kembara Atiq Wazif. Satu Anugerah, oleh Hasan Suyut. Satu buku yang amat memberi kesan yang mendalam. Satu buku yang menunjukkan satu keazaman dan kekuatan serta pengorbanan oleh ibu dan bapa seorang anak istimewa. Satu buku yang sangat bersahaja dan santai tapi setiap bait-bait ayatnya memberikan banyak pengertian, pengajaran, motivasi dan empati terhadap seorang anak istimewa.

Satu buku yang membawa kita turut sama mengembara dan merasakan sendiri pengalaman penulis dalam mencari dan memberikan yang terbaik untuk anak. Pengorbanan dan usaha yang mereka lakukan semata-mata untuk mempastikan anak mereka memdapat yang terbaik.

Rata-rata kita melihat sekeliling kita, ibu bapa yang hanya menerima keadaan anak istimewa seadanya, tapi bak kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tetapi sekurang-kurangnya sikap ibu bapa dan masyarakat dapat berbuat sesuatu bagi mempastikan anak istimewa ini mendapat layanan yang lebih baik dari yang sedia ada.

Sebagai seorang yang terlibat dalam perubatan, saya dapat rasakan ada sedikit kekecewaan dalam hati bapa ini terhadap sistem perubatan, rawatan dan pemulihan yang ada di Malaysia. Isu-isu seperti menunggu 3-4 jam untuk berjumpa doktor walaupun sudah mengambil temujanji, sukarnya untuk mencari tempat letak kereta di hospital, sistem referal sana sini, tapi akhirnya tidak ada jawapan untuk permasalahan.

Satu ayat dalam buku ini yang amat menyentuh hati saya ketika membacanya, apabila si ibu berkata "Dia kan ahli syurga".

Friday, October 22, 2010

zaharuddin.net: Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?

zaharuddin.net: Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?: "Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bi..."

Siapalah kita....

Siapalah kita tanpa belas kasihan Allah:
hidup bernafas, berjalan berlari membawa kereta, makan minum, bersuka ria
adakah kita bersyukur.....

Siapalah kita tanpa kasih sayang Allah:
hidup berkeluarga, ada anak-anak, pernah ada ibu bapa, ada kawan, ada orang menasihati;
adakah kita ingat....

Siapalah kita tanpa keampunan Allah:
solat kita, puasa kita, zakat kita, haji kita, anak2 kita, pasangan kita..;
adakah kita masih lalai.....



خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Wednesday, October 20, 2010

Kehidupan ini sememangnya akan ada pasang surutnya. Begitu juga dengan keimanan kita. Selalu benar hanyut dan lalai, tatkala itu terasa amat bersyukur kerana Allah sentiasa memberi ingat dan membuka hati supaya mengingati-Nya.

Kehidupan di dunia terlalu singkat untuk kita membenci dan menyimpan dendam kepada orang lain, merasa kesedihan atas sikap dan sakit yang diberi oleh orang terhadap kita, sedangkan dalam hidup yang sesingkat ini lah sepatutnya kita sentiasa menjadikan apa jua yang mendatang sebagai satu jalan kita mendekati Allah.

Kehidupan di dunia terlalu singkat untuk kita bergembira tanpa had, tanpa memperdulikan kemurkaan Allah, sedangkan dalam hidup sesingkat inilah sepatutnya kita memperbanyakkan ibadah kepada Allah, berbakti sesama manusia terutamanya ibubapa dan anak-anak kita.