Kehidupan ini sememangnya akan ada pasang surutnya. Begitu juga dengan keimanan kita. Selalu benar hanyut dan lalai, tatkala itu terasa amat bersyukur kerana Allah sentiasa memberi ingat dan membuka hati supaya mengingati-Nya.
Kehidupan di dunia terlalu singkat untuk kita membenci dan menyimpan dendam kepada orang lain, merasa kesedihan atas sikap dan sakit yang diberi oleh orang terhadap kita, sedangkan dalam hidup yang sesingkat ini lah sepatutnya kita sentiasa menjadikan apa jua yang mendatang sebagai satu jalan kita mendekati Allah.
Kehidupan di dunia terlalu singkat untuk kita bergembira tanpa had, tanpa memperdulikan kemurkaan Allah, sedangkan dalam hidup sesingkat inilah sepatutnya kita memperbanyakkan ibadah kepada Allah, berbakti sesama manusia terutamanya ibubapa dan anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment