Kanser selalu dikaitkan dengan kesakitan, kesengsaraan dan kematian. Perkara pertama yang mungkin terlintas difikiran orang yang mendengar seseorang telah mendapat kanser adalah kematian yang lebih awal.
Pertama kali aku disahkan mendapat kanser payudara, aku tidak terfikir sangat akan kematian. Kesakitan yang aku rasa hanyalah selepas pembedahan mastektomi dan sedikit semasa kemoterapi. Kesihatan yang baik selepas kemoterapi membuat aku rasa bersyukur kerana dapat mengesan dan merawat kanser di peringkat awal dan kemungkinana bebas daripada kanser secara total.
Bagaimanpun, nampaknya aku diuji lagi. Kali ini kesan rebakan kanser telah merubah tahap kesihatanku. Batuk dan cepat sesak nafas selepas membuat aktiviti banyak mengganggu kehidupan seharianku. Apabila disahkan keadaan ku pada hujung tahun 2010, aku tidak dapat menahan kesedihan dan ketakutan terhadap apa yang bakal aku hadapi. Kesakitan dan kematian bermain di fikiran. Apa yang menjadi pegangan ku disaat itu hanyalah memikirkan bahawa Allah jua yang menentukan ajal seseorang biarpun prognosis yang tak baik untukku. Sedikit depresi dan sedih kerana memikirkan bagaimana keadaan anak-anak ku nanti..I will not be able to see my daughters grow up and getting married. Sedih kerana ibu yang sepatutnya aku yang menjaga beliau kini dia pula yang terpaksa ikut sedih dan menjaga aku.
Kematian berlaku kepada semua orang.. kadang-kadang tanpa dijangka orang yang lebih sihat, terlebih dahulu pergi daripada kita. Perjalanan hidup ini kita tidak tahu bagaimana penghujungnya. Seorang kawan memberi nasihat, tidak apa jika kita takut mati..maknanya kita ada peluang untuk membuat persediaan, ada peluang untuk bertaubat dan mungkin itulah cara Allah untuk memberikan kita pahala dan menghapus dosa.InsyaAllah.
Sememangnya kanser satu penyakit yang menyakitkan, dengan rawatannya yang pelbagai jenis, dari pembedahan yang mungkin bukan hanya sekali, rawatan-rawatan melawan kanser seperti kemoterapi, radioterapi yang bukannya hanya sekali tetapi berkali-kali. Tetapi penghidap kanser haruslah bersikap positif dan sentiasa cuba untuk mewujudkan aura positif dalam fikiran bagi melawan penyakit.
Kesakitan yang aku rasai akan aku cuba untuk bertahan dan tidak menunjukkannya kepada keluargaku. Selagi badan ini masih boleh menahan, aku akan cuba untuk mengembirakan dan menyenangkan hati terutama anak-anakku.
Kepada rakan-rakan pejuang yang aku kenali maupun aku tidak kenali, semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang diberikan. Janganlah membiarkan kehidupan kita berlalu dengan perasaan kesedihan menyelubungi diri dan keluarga. Buatlah perkara-perkara yang boleh memberikan kepuasan dan keselesaan kepada kehidupan kita.
Search This Blog
Wednesday, April 27, 2011
Sunday, April 24, 2011
Aku dan kemoterapi
Kemoterapi adalah perkataan yang diambil dari perkataan bahasa Inggeris, "chemotherapy" yang bermaksud rawatan ubatan untuk kanser secara umumnya. Ubat yang digunakan dalam rawatan kemo berfungsi untuk membunuh sel-sel kanser yang aktif, dalam masa yang sama membunuh sel-sel normal dalam badan yang aktif seperti sum-sum tulang dan akar rambut.
Kesan samping akibat ubat kemo ini bergantung kepada individu dan kebanyakannya kesan seperti muntah, letih, hilang selera makan, rambut gugur dan kesan pada profil darah seperti anemia, sel darah putih menurun.
Pengalaman pertamaku dengan kemoterapi ini pada tahun 2008, sebulan selepas aku menjalani pembedahan untuk membuang payudara. Agak menakutkan juga kerana tak tahu apa yang bakal berlaku. Aku disarankan menerima regim yang terdiri daripada 3 ubatan iaitu 5-Fluorouracil, Epirubicin dan Cyclophosphamide untuk 6 kitaran setiap 3 minggu. Keputusan biopsi juga menunjukkan 'Estrogen Receptor' adalah positive, 'Progesteron Receptor' negative dan HER positive2+. Rawatan Herceptin telah dibincangkan dan disebabkan faktor kewangan dan pada pendapat kami dan pakar, rawatan merupakan masih diperingkat kajian, maka rawatan dengan herceptin tidak diteruskan.
Aku mengambil kemoterapi di Pusat Rawatan Harian, unit onkologi dan radioterapi, Hospital UKM bermula jam 8 pagi dengan menunggu untuk pemeriksaan rutin seperti tekanaN darah, berat badan dan profil darah, kemudian menunggu keputusan dan giliran berjumpa doktor. Selepas itu barulah ubat kemo disediakan dan mula diberi. Semuanya berakhir dalam jam 2-3 petang. Di pusat rawatan ini, katil disediakan seperti dalam wad dan agak selesa juga. Semasa menunggu di bahagian menunggu inilah masanya kita dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Disinilah aku kenal dengan Pn Noraida Kamarudin, pengasas KanWork yang berpusat diUPM.
Selesai kemoterapi aku terus balik dan biasanya terasa letih dan mengantuk kesan dari ubat menahan muntah yang diberikan. Kadang- kadang muntah sedikit, selera makan agak kurang dalam tempoh seminggu selepas itu macam biasa. Kesan samping biasanya kuat dalam minggu pertama, minggu kedua selepas beberapa kitaran aku sudah boleh bekerja secara lokum untuk 4-6 jam. Rambut mula gugur masuk minggu ketiga kemoterapi yang pertama. Suami telah mencukur rambut sebelum ianya mula bertaburan dan menganggu. Jenis kemoterapi ini menyebabkan jari kuku menjadi sedikit kehitaman. Alhamdulillah, sepanjang rawatan aku tidak menghadapi apa-apa masalah dengan profil darah. Semuanya berjalan lancar.
Kemoterapi kali kedua bermula pada 28 Disember 2010, kali aku bermula dengan kesihatan yang kurang dengan batuk- batuk dan cepat penat disebabkab kanser yang sudah menyerang bahagian paru-paru. Aku diberikan ubat 'Docetaxel' untuk 6 kitaran setiap 3 minggu. Pertama kali diberikan di rawatan harian, unit onkologi dan radioterapi, Hospitall Wanita dan Kanak-Kanak, Likas, Kota Kinabalu, kesan sampingnya agak kuat. Dengan ubat yang diberi sebelum ubat kemo dan kombinasi ubat kemo, aku terasa sangat lemah, tak selesa rasa perut dengan sembelit, pedih ulu hati dan seribu rasa lagi..
Sepanjang 3 bulan lebih rawatan kemoterapi, 15 April 2011 adalah rawatan terakhir engan Docetaxel, berat badan ku menurun sebanyak 10 kg, sebenarnya aku telah mencapai berat badan ideal. Harap- harap ianya tidak menurun lagi. Selepas ini aku hanya akan menerima Herceptin untuk setiap 3 minggu untuk tempoh yang agak lama..
Alhamdulillah, rawatan kemo sudah habis.. Aku berharap selepas ini keadaan akan menjadi lebih baik..

Saturday, April 23, 2011
Aku dan breast cancer
Pada bulan Mei 2008, aku telah disahkan mendapat kanser payudara setelah ketulan disebelah kiri payudara yang telah dibiopsi di Hospital Colombia Asia, Puchong disahkan merupakan kanser. Satu kejutan walaupun dalam hati masih berharap ianya adalah mimpi, dimana keajaiban berlaku dan aku bangun kepada keadaaan semuanya normal dan biasa, aku pasrah dengan realiti bahawa aku telah diuji lagi.
Mungkin ujian-ujian sebelum ini telah banyak memberi aku kekuatan menghadapi cabaran demi cabaran, ujian ini aku terima dengan hati yang redha.
Maka bermulalah episod aku dan breast cancer..
Pada 3 Jun 2008, aku menjalani pembedahan mastectomy (pembuangan payudara)di Hospital UKM. Keluarga di Sabah telah dimaklumkan dan semuanya redha. Keluarga di Marang telah datang ke Kuala Lumpur dan memberi sokongan moral untukku. Terima kasih ku ucapkan untuk semua.. hanya Allah yang boleh membalasnya.
Sebulan kemudian, bermulalah episod kemoterapi. 6 kitaran kemoterapi yang terdiri daripada 5-flouracil, Epirubicin dan Cyclophophamide, setiap 3 minggu di Unit Onkologi dan Radioterapi, UKM. Aku terpaksa berhenti kerja di Klinik Azizah serta merta dan tidak lagi menyambung kontrak dengan klinik tersebut. Aku mau habiskan rawatan. Selepas beberapa kitaran, aku dapat juga bekerja secara freelancer di klinik Mediveron, Cheras dan bertemu dengan Dr Kamaliah Harun, senior di UKM dulu. Kesan kemoterapi tidaklah terlalu teruk selepas seminggu.
Kemudian aku rasa yakin dengan keadaan kanser yang masih diperingkat awal, Stage 1. Dengan rawatan yang kuterima, aku yakin aku telah 'cancer-free'. Aku ada bertanya dengan Pakar Onkologi yang merawatku, kemungkinan risiko 'recurrence' (berulang) samada lokal atau metastasis masih ada untuk semua pesakit. Namun aku agak optomistik.
Pada tahun 2009, aku buat keputusan untuk balik ke Sabah dan mula bekerja secara freelancer dengan klinik-klinik di sekitar Kota Kinabalu. Walaupun berjauhan dengan suami yang masih terikat kontrak dengan IJN, aku sudah biasa.
Namun semuanya berubah lagi.. Bulan Disember 2010, aku disahkan lagi telah mendapat 'recurrence' secara lokal ke dinding dada dan paru-paru. Semuanya bermula apa bila aku mula batuk-batuk selama 5 bulan dan mula rasa cepat penat. Dan segalanya disahkan selepas ujian CT scan dan biopsi nodul kecil di atas dada yang kurasakan sejak lebih 6 bulan.
Pada 28 Disember 2010, bermulalah lagi episod kemoterapiku dan kali ini aku jalani di Unit Onkologi dan Radioterapi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas.
Hari ini telah seminggu aku menerima kemoterapi "Docetaxel" yang keenam dan terakhir. Aku juga telah mula menerima rawatan Herceptin yang ketiga dan akan berterusan untuk setiap 3 minggu juga.
Semuanya takdir dan ujian dari Allah. Aku terima dengan redha. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan dan sembuhkan aku dari penyakit ini.

Life unexpected
Kehidupan kita berubah dengan perlahan-lahan dan tidak kurang juga sekelip mata. Kehidupan yang penuh dengan kekayaan dan kegembiraan disekeliling kita tiba-tiba dirampas dengan kehilangan yang tersayang atau yang menjaga kita...adakah kita bersedia?
Setiap hari kita melihat pelbagai peristiwa yang berlaku pada kawan kita, keluarga kita, orang yang kita tidak kenali, maupun diri kita sendiri.. apakah kita bersedia? Mengambil status dalam Facebook kawan, ""Don't depend too much on everyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in the darkness." Ibn Taymiyyah".. bersediakah kita secara fizikal, mental dan yang penting sekali rohaniah.
Semua bentuk perubahan memerlukan kekuatan.. untuk mengubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik pun perlukan kekuatan. Apapun, kepada Allahlah kita memohon semua bentuk kekuatan dan pertolongan disamping berusaha dan terus berusaha tanpa ada rasa sesal dan putus asa. Kekalahan pertama dalam perjuangan adalah putus asa. Putus asa untuk terus berusaha, putus asa untuk terus memperbaiki diri dan mengalah, dan yang paling ditakuti adalah putus asa untuk berdoa memohon pertolongan Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)