Pada 17 Jun 2011, saya telah diberi ubat baru untuk merawat metastases ke tulang. Nama ubat adalah IV Zometa ( Zolendronic acid). Saya melihat beberapa orang kawan telah mengambil rawatan ini dan mereka cakap tiada rasa apa-apa side efek. Hari jumaat saya telah menerima 2 jenis ubat, IV herceptin dan zometa sekali gus. Mulanya rasa ok. Balik Kota Belud hari itu juga. Malam tu saya mula rasa demam dan sakit badan. Saya baca tentang kesan samping ubat yang saya ambil dan apa yang saya rasa tidaklah merunsingkan saya. Disamping tu ruam merah dan rasa loya pun ada. Hari sabtu saya langsung tidak dapat buat banyak kerja hanya berbaring dan tidur. Terpaksa ambil ubat menahan muntah lebih kerap dan menyebabkan saya asyik mengantuk. Selera makan pun sangat kurang. Hari ini bangun pagi rasa sihat sikit, sakit badan pun berkurangan dan ruam badan pun sudah kurang. Masih belum dapat makan dengan baik, ada rasa loya. Harap semua kesan samping hilang dalam tempoh yang singkat.
Iv zometa akan diberikan setiap 6 minggu. Rawatan dengan hecerptin pun akan diteruskan juga. Semoga semuanya berjalan lancar.
Saya pun ambik zometa 27hb okt ari tu.. sekali ngan paclitaxel.. teruk.. minggu ke3 baru sy ok.. hari ni 17hb nov ambik paclitaxel je sbb zometa gap 6week.. kn tgk camne kesan plak.. br boleh tau apa,yg wat sy teruk.. zometa atau paclitaxel
ReplyDeleteSaya pun ambik zometa 27hb okt ari tu.. sekali ngan paclitaxel.. teruk.. minggu ke3 baru sy ok.. hari ni 17hb nov ambik paclitaxel je sbb zometa gap 6week.. kn tgk camne kesan plak.. br boleh tau apa,yg wat sy teruk.. zometa atau paclitaxel
ReplyDelete