Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Aku dan Support group

Semasa menjalani rawatan kemoterapi di HUKM, seorang pejuang kanser telah mendatangi aku dan memperkenalkan dirinya sebagai Nor Aida Kamaruddin. Umurnya hampir sebaya denganku, tua 2-3 tahun. Beliau sedang aktif mengendalikan dan mempromosi satu support group yang dinamakan KanWork Support group yang berpusat di UPM, Serdang. Kumpulan sokongan ini tidak hanya membuka keahlian kepada pesakit kanser payudara sahaja tetapi kepada semua pesakit kanser.

Disebabkan lokasi yang agak jauh dari rumah, banyak juga aktiviti kumpulan ini tidak dapat aku sertai. Dan saya dapati aktiiti-aktiviti kumpulan ini banyak kearah membina kerohanian dan meningkatkan sokongan luar terhadap pesakit kanser. Mereka membuat perjumpaan ketika bulan Ramadhan, membuat perjumpaan dengan membawa ahli keluarga terdekat. Ianya lebih kepada satu cara perkongsian antara pesakit-pesakit kanser dan keluarga atau yang menjaga pesakit, berkongsi bagaimana masing-masing menangani keadaan masing.

Aku ada mengikuti satu program mereka. Setelah sesat dan berpusing-pusing di highway ke Serdang untuk sampai ke UPM, dan tiba lewat dari masa sepatutnya, aku ketika itu hanya seorang hanya sempat mengikuti satu aktiviti iaitu program perkongsian pesakit dan keluarga. Banyak cerita dan pengalaman pesakit dapat dikongsi, begitu juga pengalaman suami, anak dan yang ada bersama ketika itu. Itulah program yang pertama dan terakhir yang dapat aku ikuti dalam KanWork.

Aku juga mengenali satu kumpulan sokongan untuk kanser payudara yang dikenali sebagai PRIDE, yang aku kenali melalui Facebook dan aku mengenali seorang Psychologist bernama Sylvester Lim yang aktif mempromosi kumpulan ini. Aku sempat juga mengikuti program kumpulan ini yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan ianya juga sangat bermanafaat. Bagaimanapun, nampaknya kumpulan ini tidak lagi aktif.

Di Kota Kinabalu ini, aku belum lagi secara rasminya menyertai sebarang kumpulan sokongan. Aku mengikuti satu kumpulan dinamakan Kinabalu Pink Ribbon yang aktif mempromosi kesedaran terhadap pengesanan kanser payudara. Setaskat ini aku belum lagi mengikuti aktiviti mereka. Bagaimanapun, kawan-kawan yang aku kenali ketika menjalani rawatan kemoterapi; Tan, Agnes, Janet, Aunty merupakan pengalaman yang amat mengembirakan. Semuanya sangat berfikiran positif.

Aku merasakan kewujudan kumpulan sokongan seumpama ini adalah amat baik dalam memberikan sokongan dari segi perkongsian pengalaman dan ilmu agar pesakit kanser dan ahli keluarga tidak lah terkial-kial keseorangan bagaimana kehidupan pesakit kanser. Tidak kisahlah bagaimana aktiviti itu dibuat yang penting semuanya menjurus kearah kebaikan.

No comments:

Post a Comment