Search This Blog

Tuesday, July 5, 2011

Semoga semuanya dipermudahkan

Sepanjang 2 minggu selepas menerima IV Zometa, keadaan ku agak teruk sedikit. Mengharapkan sakit belakang ku akan hilang atau berkurangan dengan ubat itu, atas dasar mungkin sakit ku berpunca dari metastasis tulang, nampaknya ubat itu tak bersesuaian denganku. Selain daripada demam dan ruam pada hari pertama (mungkin reaksi allergik), sakit belakang aku bertambah-tambah, pedih ulu hati pun semakin menjadi-jadi, selepas mengambil ubat lain untuk mengurangkan sakit dan lain-lain aku tetiba jadi cepat penat dan sesak nafas.

Selepas berjumpa Dr Darren minggu lepas, aku diberi ubat tahan sakit yang lain dan kuat sedikit. Mulanya mengambil 1 tablet memberi kesan yang baik tapi sebagaimana arahan doktor untuk menambah doa ke 2 tablet nampaknya kurang sesuai untukku. Sangat pening dan muntah seharian, langsung tak boleh makan, hanya mengambil sedikit air glukos untuk tenaga. Sakit belakang memang banyak berkurangan tapi lemah badan sebab tak dapat makan. Jadi, terpaksalah mengambil 1 tablet walaupun sakitnya masih ada sedikit, biarlah daripada tidak dapat makan dan rasa pening seharian.

Hari ini, alhamdulillah semuanya kembali seperti biasa seperti masa aku mula-mula makan ubat yang Dr Darren beri. Pening yang kurang, tiada muntah, badan bertenaga, lebih positif untuk mendapat IV herceptin lagi Jumaat ini, InsyaAllah. Terimakasih kepada suami yang walaupun di kejauhan, sentiasa menelefon dan bertanya keadaan ku. Aku tak mahu terlalu memberikan berita yang kurang baik tentang aku supaya dia tidak terlalu risau. Tapi alhamdulillah, pasti dia lebih bersyukur kerana keluarga ku berdekatan untuk membantu menjaga ku. Hanya semangat dan perihatin yang aku perlukan walaupun amat mengharapkan fizikal juga tapi insyaAllah, akan berlaku. soon.

Hanya aku dapat berdoa semoga semuanya dipermudahkanNya.

Friday, July 1, 2011

Alone

Kelmarin aku ke klinik onkologi Hospital Likas untuk bertemu Dr Darren. Aku telah maklumkan kepada Dr Darren tentang keadaan sakit belakang yang semakin menjadi-jadi dan pernafasan ku yang semakin membimbangkan. Sejak aku mengambil dexamethasone pada hari sabtu lepas, awalnya keadaan agak baik kemudian aku mula rasa cepat penat hingga bercakap pun agak payah. Aku cuba untuk buat seperti biasa tapi keadaan memaksa aku terbaring dengan tercungap-cungap. Agak mengambil masa juga untuk menenangkan pernafasan kembali agak normal. Kesakitan belakang pun nampaknya tidak dapat dikurangkan dengan ubat tramal, dexamethasone yang aku sedang ambil, hanya untuk au dapat melelapkan mata sekejap. Pedih ulu hati pun sangat menyakitkan.

Perjalanan ke KK pun agak payah, nasib baiklah aku tak perlu memandu sendiri. Sesampai di klinik aku tersangat semput, mungkin juga sebab cuaca dan aircon yang amat sejuk di klinik.

Dr Darren nampaknya kurang optimistik dengan keadaan aku kali ini. Mungkin aku tak sesuai dengan rawatan IV Zometa. Mungkin aku tak perlu sambung dengan ubat itu. Mungkin aku terpaksa mengambil lagi kemoterapi kemungkinan dengan paclitaxol jika keadaan tidak berubah dan keputusan CT scan ulangan yang akan aku buat menunjukkan keadaan yang tidak responsif.

Kesemua kemungkinan yang amat menyedihkan dan melemahkan aku. Rasa tidak terdaya lagi bila memikirkan terpaksa mengharungi lagi kemoterapi. Rasanya tidak cukup kuat sudah diri ini fizikal dan mental untuk menjalani kemoterapi yang lebih kuat. Semalam berat aku 47kg...sudah 16kg semuanya berat badan yang hilang. Entah apa lagi yang tinggal.

Apa lagi yang aku boleh buat untuk memdapatkan kekuatan menghadapi semua ini. Terasa seperti seorang-orang menghadapi keadaaan ini. Walaupun ada kata-kata, tapi jauh di dalam hati ini, I am Alone.

Wednesday, June 29, 2011

Bertahan II

Hari ini aku postkan di status Facebook aku "so tired", the truth is, I am so tired physically and mentally. I am so tired with my back ache that doesn't seem to resolve, so tired of panting and breatlessness even after some short distance walk inside the house, so tired that I had to lay down most of the time to relieve the tiredness and so tired of using the hot pillow which give me no more effect. I want to stop everthing. I want to stop the medication cause it's make my heartburn worsen. I want to stop everthing. I can't handle this anymore. I dont know what to do anymore.

Tuesday, June 28, 2011

Bertahan

Sejak akhir-akhir ini, terutama dalam sebulan kebelakangan ini, sakit belakang bahagian scapula dan torasik sangat menjadi-jadi pula sakitnya. Tramal sudah mula diambil 2 kali sehari, hanya untuk melegakan sedikit dan sekejap. Kadang2 tak tertahan rasanya, dan ditambah lagindengan pedih ulu hati yang sekajap ada sekejap hilang. Doktor pakar masing-masing memberi pendapat tentang punca sakit belakang ku itu. Ada yang bilang 'referred pain' dari irritasi diagfram kanan yang paralysis, ada yang bilang kesan metastasis tulang. Tapi ubat yang dicuba tidak banyak membantu rasanya, terpaksa juga bertahan dengan rasa sakit. Memang terpaksa redha dengan apa yang Allah uji, semoga inilah jalan untuk membersihkan diri dari dosa2 ku kepadaNya, pada keluarga terutamanya pada suami tersayang. Terlalu berat rasanya. Doa dan harapanku biarlah kurang semuanya di akhirat sana. amin
Baru-baru ini, suami menghubungi Dr Chitra, dari unit palliatif QEH dan mencadangkan aku mengambil sedikit dexametahsone untuk kurangkan kesan-kesan infalmasi yang mungkin sedang berlaku dan alhamdulillah, terdapat kesan yang memberangsangkan terhadap kesakitan dan keresahan. Sekarang ini masih mengambil dexamethasone bersama tramal untuk 3-4 hari hingga sakit betul- betul berkurangan. Saya tidak mengharapkan keajaiban, cukuplah untuk rasa selesa. Syukur alhamdulillah.

Sunday, June 19, 2011

New drug

Pada 17 Jun 2011, saya telah diberi ubat baru untuk merawat metastases ke tulang. Nama ubat adalah IV Zometa ( Zolendronic acid). Saya melihat beberapa orang kawan telah mengambil rawatan ini dan mereka cakap tiada rasa apa-apa side efek. Hari jumaat saya telah menerima 2 jenis ubat, IV herceptin dan zometa sekali gus. Mulanya rasa ok. Balik Kota Belud hari itu juga. Malam tu saya mula rasa demam dan sakit badan. Saya baca tentang kesan samping ubat yang saya ambil dan apa yang saya rasa tidaklah merunsingkan saya. Disamping tu ruam merah dan rasa loya pun ada. Hari sabtu saya langsung tidak dapat buat banyak kerja hanya berbaring dan tidur. Terpaksa ambil ubat menahan muntah lebih kerap dan menyebabkan saya asyik mengantuk. Selera makan pun sangat kurang. Hari ini bangun pagi rasa sihat sikit, sakit badan pun berkurangan dan ruam badan pun sudah kurang. Masih belum dapat makan dengan baik, ada rasa loya. Harap semua kesan samping hilang dalam tempoh yang singkat.

Iv zometa akan diberikan setiap 6 minggu. Rawatan dengan hecerptin pun akan diteruskan juga. Semoga semuanya berjalan lancar.

Tuesday, June 14, 2011

Sunday, June 5, 2011

Semoga dipermudahkan penghujungnya

Minggu pertama cuti sekolah ni agak sibuk dengan bermacam-macam aktiviti bersama family. Selepas mengambil dos ke-5 Herceptin, kami mengambil pulak anak sulung di asrama. Beberapa hari seterusnya diisi dengan akitiviti untuk anak-anak. Penat tapi menyeronokkan. Terimakasih kepada suami kerana membawa kami.

Minggu pertama selepas menerima Herceptin biasanya tiada masalah. Yang sebenarnya, saya amat selesa. Mungkin ada penat sedikit sebab banyak berjalan-jalan tapi selera makan ok, cuma ada sakit belakang yang nampaknya tidak pernah hilang. Bermacam cara sudah saya guna untuk untuk menghilangkan sakit itu. Puncanya pun kurang pasti. Saya rasa macam ketegangan otot kerana rasa lega sekejap selepas diurut. Dr Darren suspek punca dari saraf' 'neurological pain' berpunca dari irritasi saraf frenik yang terlibat. Entahlah, malas sudah mau cari puncanya..pada saya yang penting sakit hilang dan saya selesa. Ada beberapa jenis ubat telah saya cuba dan yang terakhir yang diprekribsi oleh Dr Darren, amytriptaline..yang menyebabkan saya 'hang over' sehari suntuk. Saya tak mahulah ambil unat itu lagi. Sekarang saya hanya mengambil tramal saja dan cukuplah untuk membolehkan saya dapat tidur dan bertahan dengan sakit waktu siang hari.

Berat sungguh rasanya ujian yang Allah bagi..hanya saya dapat berdoa agar dipermudahkan apa jua penghujungnya. InsyaAllah ada hikmah dan rahmat disebalik semua ini..dan hanya Allah yang Maha mengetahui.

Thursday, May 19, 2011

When we thought it's all over...

When I was given the 'bad' news about bone scan and CT Scan results during my pre-herceptin review with the Medical Officer, that I had bone metastases, it's quite a blow. I've read (not that a lot) about breast cancer, about local-regional and distant metastases, about bone metastases and it's Skeletal-Related Events (SRE) but at that moment all I could think of is that my condition is worsening faster than I expected.

I was started on clodronic acid, medication to treat bone metastases. I have requested to see the Oncologist, Dr Darren so that further management can be decided, such as a repeat bone scan, in view of iv Zometa (another treatment for bone metastases) and maybe things that the medical officer did not want to tell me, things that he cannot decide for me or things that he don't know.

Anyway, I met Dr Darren 1 week later and the first thing he said to me; " How are you? You look much better than the last time I see you and even better than the first time". I realized then that I was so stressed up when I was told that I had bone metastases, to noticed that I do felt better now especially after 1 months completed chemotherapy. Dr Darren explained to me that he suspected the bone metastases had been there earlier than my first CT scan but cannot be seen. For my first CT scan, I was not started on treatment yet and I was on treatment when I did the bone scan. He explained that most probably with all the treatment given to me, bone metastases area had become a 'hollow area' from osteolytic process and hopefully had stopped the cancerous cells activity and with latest CT scan only then seen clearly. Hopefully with the treatment for bone metastases, osteolytic area will be fill up again...that's what I understood. Or maybe he just give me some positive hope to continue on with the treatment.

I remember the first time I met Dr Darren end of December last year, after discussing all the treatment and option, I frankly asked him about my prognosis. Being a doctor my self, although I knew about the outcome of this kind of illness, I want another doctor to tell me and I accepted the fact.

And the fact is although we had been diagnosed with breast cancer and was given the prognosis, we must continue the fight. We must continue with our life and live it to the fullest we can in term of spiritual and daily activities. Don't ever let this illness make you down all the time and only thought of finale. Recently, a friend, who also a fighter contacted me again thru FB. I've asked her of her whereabout. Apparently, she had developed SRE, spinal compression from bone metastases and had become paralysed. She had been on wheelchair since January but now in improved better. All this events expected but how well we can accept it and deal with it and continue our life as happy as it could.

To all Fighter out there... keep on fighting

Wednesday, May 11, 2011

Apa orang kata?

Sebagai seorang doktor, aku pernah bertugas di wad-wad dan merawat pesakit-pesakit kanser. Di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, aku terlibat dalam menjaga pesakit-pesakit ini, kadang-kadang terlibat dalam menyedia dan memberikan ubat kemoterapi kepada pesakit ini. Melihat pesakit ini dan keluarga yang menjaga mereka, bila kita sendiri menjadi pesakit kanser, barulah kita dapat memahami sepenuhnya apa yang sebenarnya mereka alamai dan rasai.

Pertama kali aku didiagnos mendapat kanser payudara ini, semuanya tampak tenang kerana kelihatannya aku seperti sihat. Kebanyakan keluarga dan kawan tidak melihat aku semasa aku menerima kemoterapi kerana ketika itu aku di KL. Begitupun, mereka yang melihat aku pun tidak akan menjangka aku seorang pesakit kanser.

Ketika mendapat rawatan kali kedua, tahap kesihatanku sudah menurun. Berat badan menurun dengan berterusan dan cepat, suara semakin garau, semakin cepat penat. Aku gagahkan juga ke pekan untuk membeli keperluan diri. Sekali sekala aku terserempak dengan kawan-kawan yang juga sebahagian mereka pernah datang ke klinikku. Aku tahu ramai yang ingin tahu keadaan kesihatan ku dan aku pasti setiap orang akan berfikir, kematian adalah dekat bagi semua pesakit kanser. Ada juga aku mendapat cerita dari orang dan sampai kepada ibuku, kononnya aku sedang sakit teruk. Aku menghadiri perkahwinan saudara dan seperti aku nampak wajah terkejut saudara mara melihat kehadiranku yang berjalan, makan, melayan anak.

Ternyata bila sesorang dikaitkan dengan kanser, masyarakat akan menganggap kesihatan pesakit ditahap serius. Masyarakat hanya melihat kesakitan dan kesedihan menyelubungi sekitar kehidupan pesakit dan keluarga. Hanya keluarga dan mungkin kadang-kadang kawan dekat saja yang memberi kegembiraan dan cuba untuk mengurangkan kesedihan pesakit.

Kawan-kawan seperjuanganku banyak berkongsi cerita bersama tentang pengalaman mereka. Kami sentiasa bergelak ketawa semasa menerima rawatan masing-masing. Walaupun dalam waktu yang singkat, kesakitan akibat rawatan sepertinya hilang. Dan ubat terbaik bagiku adalah ketawa yang aku kongsi bersama keluarga...

Tuesday, May 10, 2011

Aku dan Breast Cancer Bahagian 2

I have completed 6 cycle of chemotherapy "Docetaxel" on 15 April 2011, together with 3rd cycle of Herceptin. The next three weeks were the most miserable days of all. Usually, the side effect post chemotherapy would last about 1 week then I will fell better, better in term of can eat and less tired. For 3 weeks, I felt tiredness with epigastric pain, back ache that distubred my sleep. I lost track of how many tablets I've taken to ease the discomfort: dexamethasone, celebrex, Paracetamol and tramadol for the pain, omeprazole for gastritis, amlodipine for hypertension. And some for my supplement: neurobion, evening primerose oil, etc..(not going to mention other supplement afraid of indirectly promoting it)

Nevertheless, during that time, I had manage to force myself to KK few times for my LHDN's things, visited cousin in QEH twice and done a repeat CT scan post chemotherapy. The things is, I just have to do it rather than just sit or lie down at home. For the early CT scan appointment, I would like to thank my good old friend from SBPL, Hazhiha Asmat for helping me. She's working at the radiology department, QEH. Thanks also to Dr Fatimah (also ex-SBPLian), the radiologist for giving me early appointment.

So, come to the real story. 5 May 2011 I had my herceptin. During the review, both CT scan and bone scan( done it in HKL on 6 March 2011) results had came. Not to my surprise though, I had bone metastases. The only that surprised me and pulled me down is that the bone metastases not only involved 1 site but a lot..the spine (as I expected) at 2 sites and parietal, iliac, rib, pubic and few other sites.. It take me a great power to hold my tears in front of Dr Sucharit. And as I had promised myself that I will try not to cry in front of my daughters.

Monday, May 9, 2011

Aku dan Support group

Semasa menjalani rawatan kemoterapi di HUKM, seorang pejuang kanser telah mendatangi aku dan memperkenalkan dirinya sebagai Nor Aida Kamaruddin. Umurnya hampir sebaya denganku, tua 2-3 tahun. Beliau sedang aktif mengendalikan dan mempromosi satu support group yang dinamakan KanWork Support group yang berpusat di UPM, Serdang. Kumpulan sokongan ini tidak hanya membuka keahlian kepada pesakit kanser payudara sahaja tetapi kepada semua pesakit kanser.

Disebabkan lokasi yang agak jauh dari rumah, banyak juga aktiviti kumpulan ini tidak dapat aku sertai. Dan saya dapati aktiiti-aktiviti kumpulan ini banyak kearah membina kerohanian dan meningkatkan sokongan luar terhadap pesakit kanser. Mereka membuat perjumpaan ketika bulan Ramadhan, membuat perjumpaan dengan membawa ahli keluarga terdekat. Ianya lebih kepada satu cara perkongsian antara pesakit-pesakit kanser dan keluarga atau yang menjaga pesakit, berkongsi bagaimana masing-masing menangani keadaan masing.

Aku ada mengikuti satu program mereka. Setelah sesat dan berpusing-pusing di highway ke Serdang untuk sampai ke UPM, dan tiba lewat dari masa sepatutnya, aku ketika itu hanya seorang hanya sempat mengikuti satu aktiviti iaitu program perkongsian pesakit dan keluarga. Banyak cerita dan pengalaman pesakit dapat dikongsi, begitu juga pengalaman suami, anak dan yang ada bersama ketika itu. Itulah program yang pertama dan terakhir yang dapat aku ikuti dalam KanWork.

Aku juga mengenali satu kumpulan sokongan untuk kanser payudara yang dikenali sebagai PRIDE, yang aku kenali melalui Facebook dan aku mengenali seorang Psychologist bernama Sylvester Lim yang aktif mempromosi kumpulan ini. Aku sempat juga mengikuti program kumpulan ini yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan ianya juga sangat bermanafaat. Bagaimanapun, nampaknya kumpulan ini tidak lagi aktif.

Di Kota Kinabalu ini, aku belum lagi secara rasminya menyertai sebarang kumpulan sokongan. Aku mengikuti satu kumpulan dinamakan Kinabalu Pink Ribbon yang aktif mempromosi kesedaran terhadap pengesanan kanser payudara. Setaskat ini aku belum lagi mengikuti aktiviti mereka. Bagaimanapun, kawan-kawan yang aku kenali ketika menjalani rawatan kemoterapi; Tan, Agnes, Janet, Aunty merupakan pengalaman yang amat mengembirakan. Semuanya sangat berfikiran positif.

Aku merasakan kewujudan kumpulan sokongan seumpama ini adalah amat baik dalam memberikan sokongan dari segi perkongsian pengalaman dan ilmu agar pesakit kanser dan ahli keluarga tidak lah terkial-kial keseorangan bagaimana kehidupan pesakit kanser. Tidak kisahlah bagaimana aktiviti itu dibuat yang penting semuanya menjurus kearah kebaikan.

Wednesday, April 27, 2011

Aku dan kematian

Kanser selalu dikaitkan dengan kesakitan, kesengsaraan dan kematian. Perkara pertama yang mungkin terlintas difikiran orang yang mendengar seseorang telah mendapat kanser adalah kematian yang lebih awal.

Pertama kali aku disahkan mendapat kanser payudara, aku tidak terfikir sangat akan kematian. Kesakitan yang aku rasa hanyalah selepas pembedahan mastektomi dan sedikit semasa kemoterapi. Kesihatan yang baik selepas kemoterapi membuat aku rasa bersyukur kerana dapat mengesan dan merawat kanser di peringkat awal dan kemungkinana bebas daripada kanser secara total.

Bagaimanpun, nampaknya aku diuji lagi. Kali ini kesan rebakan kanser telah merubah tahap kesihatanku. Batuk dan cepat sesak nafas selepas membuat aktiviti banyak mengganggu kehidupan seharianku. Apabila disahkan keadaan ku pada hujung tahun 2010, aku tidak dapat menahan kesedihan dan ketakutan terhadap apa yang bakal aku hadapi. Kesakitan dan kematian bermain di fikiran. Apa yang menjadi pegangan ku disaat itu hanyalah memikirkan bahawa Allah jua yang menentukan ajal seseorang biarpun prognosis yang tak baik untukku. Sedikit depresi dan sedih kerana memikirkan bagaimana keadaan anak-anak ku nanti..I will not be able to see my daughters grow up and getting married. Sedih kerana ibu yang sepatutnya aku yang menjaga beliau kini dia pula yang terpaksa ikut sedih dan menjaga aku.


Kematian berlaku kepada semua orang.. kadang-kadang tanpa dijangka orang yang lebih sihat, terlebih dahulu pergi daripada kita. Perjalanan hidup ini kita tidak tahu bagaimana penghujungnya. Seorang kawan memberi nasihat, tidak apa jika kita takut mati..maknanya kita ada peluang untuk membuat persediaan, ada peluang untuk bertaubat dan mungkin itulah cara Allah untuk memberikan kita pahala dan menghapus dosa.InsyaAllah.

Sememangnya kanser satu penyakit yang menyakitkan, dengan rawatannya yang pelbagai jenis, dari pembedahan yang mungkin bukan hanya sekali, rawatan-rawatan melawan kanser seperti kemoterapi, radioterapi yang bukannya hanya sekali tetapi berkali-kali. Tetapi penghidap kanser haruslah bersikap positif dan sentiasa cuba untuk mewujudkan aura positif dalam fikiran bagi melawan penyakit.

Kesakitan yang aku rasai akan aku cuba untuk bertahan dan tidak menunjukkannya kepada keluargaku. Selagi badan ini masih boleh menahan, aku akan cuba untuk mengembirakan dan menyenangkan hati terutama anak-anakku.

Kepada rakan-rakan pejuang yang aku kenali maupun aku tidak kenali, semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang diberikan. Janganlah membiarkan kehidupan kita berlalu dengan perasaan kesedihan menyelubungi diri dan keluarga. Buatlah perkara-perkara yang boleh memberikan kepuasan dan keselesaan kepada kehidupan kita.

Sunday, April 24, 2011

Aku dan kemoterapi

Kemoterapi adalah perkataan yang diambil dari perkataan bahasa Inggeris, "chemotherapy" yang bermaksud rawatan ubatan untuk kanser secara umumnya. Ubat yang digunakan dalam rawatan kemo berfungsi untuk membunuh sel-sel kanser yang aktif, dalam masa yang sama membunuh sel-sel normal dalam badan yang aktif seperti sum-sum tulang dan akar rambut.

Kesan samping akibat ubat kemo ini bergantung kepada individu dan kebanyakannya kesan seperti muntah, letih, hilang selera makan, rambut gugur dan kesan pada profil darah seperti anemia, sel darah putih menurun.

Pengalaman pertamaku dengan kemoterapi ini pada tahun 2008, sebulan selepas aku menjalani pembedahan untuk membuang payudara. Agak menakutkan juga kerana tak tahu apa yang bakal berlaku. Aku disarankan menerima regim yang terdiri daripada 3 ubatan iaitu 5-Fluorouracil, Epirubicin dan Cyclophosphamide untuk 6 kitaran setiap 3 minggu. Keputusan biopsi juga menunjukkan 'Estrogen Receptor' adalah positive, 'Progesteron Receptor' negative dan HER positive2+. Rawatan Herceptin telah dibincangkan dan disebabkan faktor kewangan dan pada pendapat kami dan pakar, rawatan merupakan masih diperingkat kajian, maka rawatan dengan herceptin tidak diteruskan.

Aku mengambil kemoterapi di Pusat Rawatan Harian, unit onkologi dan radioterapi, Hospital UKM bermula jam 8 pagi dengan menunggu untuk pemeriksaan rutin seperti tekanaN darah, berat badan dan profil darah, kemudian menunggu keputusan dan giliran berjumpa doktor. Selepas itu barulah ubat kemo disediakan dan mula diberi. Semuanya berakhir dalam jam 2-3 petang. Di pusat rawatan ini, katil disediakan seperti dalam wad dan agak selesa juga. Semasa menunggu di bahagian menunggu inilah masanya kita dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Disinilah aku kenal dengan Pn Noraida Kamarudin, pengasas KanWork yang berpusat diUPM.

Selesai kemoterapi aku terus balik dan biasanya terasa letih dan mengantuk kesan dari ubat menahan muntah yang diberikan. Kadang- kadang muntah sedikit, selera makan agak kurang dalam tempoh seminggu selepas itu macam biasa. Kesan samping biasanya kuat dalam minggu pertama, minggu kedua selepas beberapa kitaran aku sudah boleh bekerja secara lokum untuk 4-6 jam. Rambut mula gugur masuk minggu ketiga kemoterapi yang pertama. Suami telah mencukur rambut sebelum ianya mula bertaburan dan menganggu. Jenis kemoterapi ini menyebabkan jari kuku menjadi sedikit kehitaman. Alhamdulillah, sepanjang rawatan aku tidak menghadapi apa-apa masalah dengan profil darah. Semuanya berjalan lancar.

Kemoterapi kali kedua bermula pada 28 Disember 2010, kali aku bermula dengan kesihatan yang kurang dengan batuk- batuk dan cepat penat disebabkab kanser yang sudah menyerang bahagian paru-paru. Aku diberikan ubat 'Docetaxel' untuk 6 kitaran setiap 3 minggu. Pertama kali diberikan di rawatan harian, unit onkologi dan radioterapi, Hospitall Wanita dan Kanak-Kanak, Likas, Kota Kinabalu, kesan sampingnya agak kuat. Dengan ubat yang diberi sebelum ubat kemo dan kombinasi ubat kemo, aku terasa sangat lemah, tak selesa rasa perut dengan sembelit, pedih ulu hati dan seribu rasa lagi..

Sepanjang 3 bulan lebih rawatan kemoterapi, 15 April 2011 adalah rawatan terakhir engan Docetaxel, berat badan ku menurun sebanyak 10 kg, sebenarnya aku telah mencapai berat badan ideal. Harap- harap ianya tidak menurun lagi. Selepas ini aku hanya akan menerima Herceptin untuk setiap 3 minggu untuk tempoh yang agak lama..

Alhamdulillah, rawatan kemo sudah habis.. Aku berharap selepas ini keadaan akan menjadi lebih baik..

Saturday, April 23, 2011

Aku dan breast cancer

Pada bulan Mei 2008, aku telah disahkan mendapat kanser payudara setelah ketulan disebelah kiri payudara yang telah dibiopsi di Hospital Colombia Asia, Puchong disahkan merupakan kanser. Satu kejutan walaupun dalam hati masih berharap ianya adalah mimpi, dimana keajaiban berlaku dan aku bangun kepada keadaaan semuanya normal dan biasa, aku pasrah dengan realiti bahawa aku telah diuji lagi.

Mungkin ujian-ujian sebelum ini telah banyak memberi aku kekuatan menghadapi cabaran demi cabaran, ujian ini aku terima dengan hati yang redha.

Maka bermulalah episod aku dan breast cancer..

Pada 3 Jun 2008, aku menjalani pembedahan mastectomy (pembuangan payudara)di Hospital UKM. Keluarga di Sabah telah dimaklumkan dan semuanya redha. Keluarga di Marang telah datang ke Kuala Lumpur dan memberi sokongan moral untukku. Terima kasih ku ucapkan untuk semua.. hanya Allah yang boleh membalasnya.

Sebulan kemudian, bermulalah episod kemoterapi. 6 kitaran kemoterapi yang terdiri daripada 5-flouracil, Epirubicin dan Cyclophophamide, setiap 3 minggu di Unit Onkologi dan Radioterapi, UKM. Aku terpaksa berhenti kerja di Klinik Azizah serta merta dan tidak lagi menyambung kontrak dengan klinik tersebut. Aku mau habiskan rawatan. Selepas beberapa kitaran, aku dapat juga bekerja secara freelancer di klinik Mediveron, Cheras dan bertemu dengan Dr Kamaliah Harun, senior di UKM dulu. Kesan kemoterapi tidaklah terlalu teruk selepas seminggu.

Kemudian aku rasa yakin dengan keadaan kanser yang masih diperingkat awal, Stage 1. Dengan rawatan yang kuterima, aku yakin aku telah 'cancer-free'. Aku ada bertanya dengan Pakar Onkologi yang merawatku, kemungkinan risiko 'recurrence' (berulang) samada lokal atau metastasis masih ada untuk semua pesakit. Namun aku agak optomistik.

Pada tahun 2009, aku buat keputusan untuk balik ke Sabah dan mula bekerja secara freelancer dengan klinik-klinik di sekitar Kota Kinabalu. Walaupun berjauhan dengan suami yang masih terikat kontrak dengan IJN, aku sudah biasa.

Namun semuanya berubah lagi.. Bulan Disember 2010, aku disahkan lagi telah mendapat 'recurrence' secara lokal ke dinding dada dan paru-paru. Semuanya bermula apa bila aku mula batuk-batuk selama 5 bulan dan mula rasa cepat penat. Dan segalanya disahkan selepas ujian CT scan dan biopsi nodul kecil di atas dada yang kurasakan sejak lebih 6 bulan.

Pada 28 Disember 2010, bermulalah lagi episod kemoterapiku dan kali ini aku jalani di Unit Onkologi dan Radioterapi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas.

Hari ini telah seminggu aku menerima kemoterapi "Docetaxel" yang keenam dan terakhir. Aku juga telah mula menerima rawatan Herceptin yang ketiga dan akan berterusan untuk setiap 3 minggu juga.

Semuanya takdir dan ujian dari Allah. Aku terima dengan redha. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan dan sembuhkan aku dari penyakit ini.

Life unexpected

Kehidupan kita berubah dengan perlahan-lahan dan tidak kurang juga sekelip mata. Kehidupan yang penuh dengan kekayaan dan kegembiraan disekeliling kita tiba-tiba dirampas dengan kehilangan yang tersayang atau yang menjaga kita...adakah kita bersedia?

Setiap hari kita melihat pelbagai peristiwa yang berlaku pada kawan kita, keluarga kita, orang yang kita tidak kenali, maupun diri kita sendiri.. apakah kita bersedia? Mengambil status dalam Facebook kawan, ""Don't depend too much on everyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in the darkness." Ibn Taymiyyah".. bersediakah kita secara fizikal, mental dan yang penting sekali rohaniah.

Semua bentuk perubahan memerlukan kekuatan.. untuk mengubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik pun perlukan kekuatan. Apapun, kepada Allahlah kita memohon semua bentuk kekuatan dan pertolongan disamping berusaha dan terus berusaha tanpa ada rasa sesal dan putus asa. Kekalahan pertama dalam perjuangan adalah putus asa. Putus asa untuk terus berusaha, putus asa untuk terus memperbaiki diri dan mengalah, dan yang paling ditakuti adalah putus asa untuk berdoa memohon pertolongan Allah.

Friday, January 7, 2011